TABUNG MEDIA BARU PEMUDA PAS

TABUNG MEDIA BARU PEMUDA PAS

"Hishh... Lemah betul media baru PAS ni!"


"Kalau PAS lambat dalam media. Jangan harap lah nak menang PRU-15 nanti"


Ini lah rungutan yang biasa kita dengar. Umum mengetahui bahawa antara faktor kekalahan PAS pada PRU-14 adalah disebabkan oleh kelemahan penguasaan di media sosial.


Hal ini disumbangkan oleh gerak kerja media sosial yang tidak tersusun dan juga ketiadaan tenaga kerja pakar dan sepenuh masa yang fokus membantu PAS di media sosial.


Atas dasar itu, Jabatan Media Baru DPPM telah mengambil inisiatif untuk merekrut tenaga kerja pakar yang bekerja secara sepenuh masa untuk melancarkan gerak kerja ini. 


Pada masa ini, kekangan kewangan menjadi masalah utama yang terpaksa dihadapi kerana kami perlu menanggung kos perbelanjaan operasi agak tinggi untuk menjalankan gerak kerja ini. Untuk makluman, entiti yang ditubuhkan ini bukanlah bertujuan untuk menjana keuntungan.


Selain daripada itu, bajet yang besar juga diperlukan untuk menjalankan aktiviti pemasaran secara berbayar (FB Ads). Tahukah anda pihak lawan membelanjakan JUTAAN RINGGIT untuk menjalankan kempen berbayar ketika PRU-14!


Dengan pasukan yang berkemahiran dan bajet yang mencukupi, InsyaAllah gerak kerja media baru PAS akan lebih laju dan ke hadapan.


Pihak NüMed memohon bantuan orang ramai untuk membantu bagi membiayai Tabung Media Baru DPPM. 


Kami meletakkan sasaran kutipan sebanyak RM100,000.00 menjelang Disember 2021. Kos ini meliputi 


1. Tenaga pakar media sosial

2. Pemasaran berbayar (FB Ads)

3. Bil Utiliti

4. Penyelenggaraan alatan media

5. Pengangkutan


Sudah pasti sumbangan tuan/puan nanti akan menjadi sumber pahala yang berterusan seterusnya menjadi salah satu saham bagi membina negara yang diredhai Allah dan RasulNya.



Berikut adalah pakej sumbangan TABUNG MEDIA BARU PEMUDA PAS PRU-15 yang ditawarkan :

 

 PAKEJ A : TABUNG MEDIA BARU RM300


 PAKEJ B : TABUNG MEDIA BARU RM100


 PAKEJ C : TABUNG MEDIA BARU RM50


 PAKEJ D :  TABUNG MEDIA BARU RM20


 PAKEJ IKHLAS :  TABUNG MEDIA BARU 




Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 011-11734178.


Sebahagian daripada hasil sumbangan akan disalurkan bagi tujuan aktiviti-aktiviti pengurusan dan operasi pihak Jabatan Media Baru DPPM.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
PAKEJ A : PRN JOHOR RM500
PAKEJ B : PRN JOHOR RM300
PAKEJ C : PRN JOHOR RM100
PAKEJ D: PRN JOHOR RM30
PAKEJ IKHLAS : TABUNG MEDIA BARU
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN